| SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH

Upm ketiga keseluruhan Masum fasa 2, 2016

Oleh Khairul Anuar Muhamad Noh



ARAU, 13 Nov - Kontingen Universiti Putra Malaysia (UPM) meraih tempat ketiga keseluruhan dalam Karnival Sukan MASUM Fasa 2,  2016 di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) pada 7-13 November dengan mengutip 6 pingat emas dan empat gangsa.

Pasukan UPM membolot empat emas dalam acara karate-do (tiga individu, satu berpasukan lelaki, emas dalam acara tenis beregu lelaki dan emas acara bola tampar wanita.

Selain itu, UPM berjaya meraih pingat gangsa dalam acara bola keranjang wanita, bola tampar lelaki dan dua dalam acara individu karate-do.

Ketua Pusat Sukan UPM, Dr. Hanafiah Ayob mengulas pencapaian UPM tersebut bahawa pujian harus diberikan kepada atlit, pengurus, jurulatih dan urusetia yg telah membuat persediaan yang terancang utk kejohanan ini.

"Justeru pencapaian itu atas komitmen dan kesungguhan yang telah dilakukan," katanya.

UPM berkongsi kedudukan empat emas  dengan ranking kedua keseluruhan iaitu UKM tetapi dibezakan dengan kutipan pingat perak.

Pada Karnival MASUM fasa satu pada Mei lalu, UPM mendapat tempat kedua keseluruhan.


SXETTAo~