| SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH

UPM MENGGONDOL 6 EMAS DAN 3 ANUGERAH KHAS PADA MALAM WIF-KL INNOVATION AWARDS


KUALA LUMPUR, 6 Nov. 2012 – Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya meraih 6 pingat emas,  4 pingat perak dan 4 pingat gangsa di dalam BioMalaysia 2012 Conference and Exhibition yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 5-7 November 2012.

Selain memenangi pingat-pingat tersebut, UPM juga berjaya membawa pulang 3 anugerah khas, iaitu 2 anugerah bagi BioInnovation Awards dan 1 anugerah bagi MIMOS Prestigious Award. Anugerah yang disampaikan oleh Y.B. Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu diberikan kepada Prof. Dr. Maznah Ismail daripada Institut Biosains dengan produknya Kenaf Bio-Oil From Waste To Health and Wealth bagi anugerah BioInnovation Awards untuk kategori Biotechnology Innovation of the Year.

Selain itu, Prof. Dr. Maznah juga telah memenangi pingat emas di dalam pameran BioMalaysia 2012 Conference and Exhibition. Kenaf Bio-Oil From Waste To Health And Wealth adalah produk yang berkaitan konsep baharu yang dapat mengubah biji benih kenaf kos rendah ke produk kesihatan yang bernilai tinggi.  

 



Prof. Dr. Suhaila Mohamed, dari Institut Biosains juga telah berjaya meraih anugerah khas BioInnovation Awards bagi kategori Women Bio Innovator of the Year dan pingat emas di dalam pameran BioMalaysia 2012 Conference and Exhibition  dengan produk Promolaktin: Milk Production Enhancer from Cultivated Seaweeds, iaitu makanan tambahan terdiri daripada sayur-sayuran anti estrogenic yang dapat menigkatkan penghasilan susu dan menghalang kanser yang berpunca daripada hormon.

Lebih membanggakan apabila Dr. Mohammad Hossin, yang dahulunya pelajar Phd. dari Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat telah berjaya meraih anugerah MIMOS Prestigious Award dengan penyelidikannya yang bertajuk  Hybrid Performance Measures and Mixed Evaluation Method for Data Classification Problems. Anugerah BioInnovation Awards adalah bersempena pameran BioMalaysia 2012 Conference and Exhibition yang dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama daripada Malaysian Biotechnology Corporation Sdn Bhd Dan Protemp Exhibitions Sdn Bhd.

Kemenangan UPM di meriahkan lagi apabila UPM telah berjaya memenagi anugerah Most Creative  Booth Design di dalam pameran BioMalaysia 2012.



Keputusan Penuh adalah seperti berikut:

 Anugerah Khas (BioInnovation Awards)

No.

Penyelidik

Tajuk

Anugerah

1

Prof. Dr. Maznah Ismail

(Institut Biosains)

 

Kenaf Bio-Oil From Waste To Health And Wealth

BioInnovation Awards (Bioteknologi Innvovation of the Year)

2

Prof. Dr. Suhaila Mohamed

(Institut Biosains)

 

Promolaktin : Milk Production Enhancer from Cultivated Seaweeds

BioInnovation Awards

 (Women Bio Innovator of the Year)

3.

Dr. Mohammad Hossin

(Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat)

Hybrid Performance Measures and Mixed Evaluation Method for Data Classification Problems

MIMOS Prestigious Award

 BioMalaysia 2012 Conference and Exhibition

No.

Penyelidik

Tajuk

Pingat

1.

Prof. Dr. Maznah Ismail

(Institut Biosains)

 

Kenaf Bio-Oil From Waste To Health And Wealth

EMAS

2.

Prof. Dr. Suhaila Mohamed

(Institut Biosains)

 

Bonex : Bone mineral density enhancer from oil palm leaf extract

 

EMAS

3.

Prof. Dr. Suhaila Mohamed

(Institut Biosains)

 

Addx : A helath promoting anti-oil absorption additive for frying oil

 

EMAS

4.

Dr. Ali Karami Varnamkhasti

(Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan)

A high-performance kit for detection of carcinogenic compounds in fish

 

EMAS

5.

Prof. Dr. Suhaila Mohamed

(Institut Biosains)

 

Promolaktin : Milk Production Enhancer from Cultivated Seaweeds

 

EMAS

6.

Dr. Ali Karami Varnamkhasti

(Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan)

 

An economical environmental pollution indicator

 

EMAS

7.

Prof. Dr. Suhaila Mohamed

(Institut Biosains)

 

KardioMate - A healthy salt-replacer seasoning from seaweed

 

PERAK

8

Prof. Dr. Maznah Ismail

(Institut Biosains)

 

OrygoldTM: An Acylated Steryl Glycoside-Rich Product for Health enhancement and disease prevention

 

PERAK

9

Prof. Dr. Zulkifli Shamsuddin / Muhammad Nazri Lokman

(Fakulti Pertanian)

 

Bacto – 10 Liquid Bio-Fertilizer

 

PERAK

10.

Prof. Dr. Suhaila Mohamed

(Institut Biosains)

 

Healen : Herbal Wound Healing Enhancer Especially for Diabetics

 

PERAK

11.

Dr. Wong Sing King

(Fakulti Pertanian & Sains Makanan)

 

Indigenous Paecilomyces lilacinus with Antagonistic Activity against Root-Knot Nematode in Black Pepper Plant

 

GANGSA

12.

Prof. Madya Dr. Faridah Qamaruz Zaman

(Institut Biosains)

 

Theraputic Herbal Bath

 

GANGSA

13.

Prof. Madya Dr. Latifah Saiful Yazan

(Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan)

NanoTQ: A drug candidate for management of cervical cancer

 

GANGSA

14.

Dr. Karmegam Karuppiah

(Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan)

 

Prototype of a Lumbar Support for Motorcyclist

 

GANGSA

15.

Prof. Dr. Mohd Zobir Bin Hussein

(Fakulti Sains)

 

Preparation of hippurate-zinc layered hydroxide nanohybrid and its synergistic effect with tamoxifen on HepG2 cell lines

 

TIADA PINGAT



SXDcRAA~