Sekolah Pengajian Siswazah UPM Turut Serta Dalam Bangladesh Education Expo 2017 | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Sekolah Pengajian Siswazah UPM turut serta dalam Bangladesh Education Expo 2017

Sekolah Pengajian Siswazah UPM turut serta dalam Bangladesh Education Expo 2017

Sekolah Pengajian Siswazah UPM turut serta dalam Bangladesh Education Expo 2017 pada 25-29 November yang lalu. Pameran pertama di Bangladesh melibatkan universiti awam Malaysia itu telah diadakan di 2 tempat iaitu Daily Star, Dhaka dan Theather Institute Chittagong, Chittagong.

Pameran yang dianjurkan oleh AIMS International itu telah berjaya menarik ramai pelawat terutamanya pelajar yang berminat untuk tahu mengenai universiti awam di Malaysia. Mereka menunjukkan minat dengan UPM dan juga kursus-kursus yang ditawarkan.

Universiti Putra Malaysia diwakili pegawai dari Sekolah Pengajian Siswazah UPM iaitu Prof. Dr. Nor Aini, Timbalan Dekan (Tesis, Sokongan Pembelajaran dan Penerbitan) dan Cik Haryati, Pembantu Tadbir.

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 05/02/2018 | Kemaskini: 06/06/2018 | azimin

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEUAAu~