| SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH

UPM Terima Pengiktirafan Akreditasi Antarabangsa RSC


Oleh Azman Zakaria

SERDANG - Tiga program Bacelor Kimia Universiti Putra Malaysia (UPM) memperoleh pengiktirafan   akreditasi badan antarabangsa, Royal Society of Chemistry (RSC) yang berpejabat di United Kingdom, baru-baru ini.

Pengiktirafan itu diberikan kepada program Bacelor Sains (Kepujian) Kimia, Bacelor Sains (Kepujian) Kimia Perindustrian, dan Bacelor Sains (Kepujian) Kimia Petroleum.

Mesyuarat Jawatankuasa Akreditasi dan Pengesahsahihan RSC pada mesyuaratnya baru-baru ini bersetuju memberikan akreditasi kepada tiga program berkenaan kerana memenuhi keperluan akademik bagi anugerah CChem untuk pemegang ijazah kelas pertama dan kedua.

Pengurus Akreditasi RSC, Toby Underwood berkata jawatankuasa itu tertarik dengan struktur keseluruhan program berkenaan, khususnya yang menonjolkan bagaimana elemen praktikal diajar di samping teori.

“Ini tidak selalunya terdapat di institusi lain, dan adalah jelas pelajar mendapat manfaat daripada aspek ini dalam kurikulum.

“Para penilai menyatakan amalan ini perlu diperakukan,” katanya kepada Profesor Dr. Gwendoline Ee Cheng Lian dari Jabatan Kimia, Fakulti Sains, UPM.      


SXDcWA2~