GRF (Graduate Research Fellowship) | SCHOOL OF GRADUATE STUDIES

GRF (Graduate Research Fellowship)


SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERMOHONAN FELLOWSHIP PENYELIDIK SISWAZAH (GRF)
SEMESTER KEDUA 2017/2018

Dimaklumkan bahawa permohonan Fellowship Penyelidik Siswazah (GRF) bagi Semester Kedua 2017/2018 dibuka.

KELAYAKAN MEMOHON

1. Permohonan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang telah ditawarkan tempat untuk mengikuti program PhD atau Master (mod penyelidikan) di UPM.

2. Permohonan juga adalah dibuka kepada semua pelajar UPM yang sedang mengikuti program PhD atau Master (mod penyelidikan). Walau bagaimanapun, mereka mestilah memenuhi syarat berikut: 

  1. Status pengajian adalah “Baik”. Pelajar yang berstatus “Menangguh” atau “Probation” tidak layak untuk memohon.
  2. Semester pengajian semasa tidak melebihi 3 semester bagi pelajar Master dan 5 semester bagi pelajar PhD (semasa permohonan dikemukakan).
  3. Tidak mengikuti program siswazah UPM secara split programme.
  4. Memperolehi CGPA peringkat Bacelor 3.000 ke atas bagi Kluster Sains/Teknikal dan 3.500 bagi Kluster Sastera/Sains Sosial.

 

3. Setiap permohonan hendaklah disertakan bersama:

  1. Salinan Kad Pengenalan/Pasport
  2. Salinan surat tawaran
  3. Kertas Penerbitan (Jika ada)
  4. Salinan keputusan akhir/transkrip peringkat Bacelor/Master
  5. Salinan kertas cadangan penyelidikan yang telah diluluskan oleh penasihat/penyelia.

4. Permohonan yang tidak lengkap dan lewat tidak akan diproses dan sebarang rayuan tidak akan dilayan. 

BENTUK PEMBIAYAAN

1. Pengecualian sebahagian yuran pelajaran seperti berikut:

 

 Perubatan

 Sains

 Sosial Sains

 Master

 RM1,200.00

 RM900.00

 RM700.00

 PhD

 RM1,600.00 

 RM1,400.00 

 RM1,200.00


2. Calon yang berjaya akan menerima elaun bulanan iaitu sebanyak RM1,300.00 untuk pelajar Master dan RM1,500.00 untuk pelajar PhD.

CARA MEMOHON DAN TARIKH TUTUP

Klik disini untuk muat turun Borang Permohonan Fellowship Penyelidikan Siswazah [GRF] (PU/S/BR05/GS-44)  

Semua permohonan hendaklah dihantar ke alamat berikut tidak lewat daripada  5 Januari 2018.

Bagi pelajar UPM pascasiswazah yang mendapat tawaran kemasukan ke semester kedua 2017/2018, tarikh tutup permohonan dilanjutkan sehingga 25 Januari 2018.

Sekolah Pengajian Siswazah
Zone 4 Off Jalan Stadium
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor
(u/p: Mrs. Zainaf binti Udin)

*pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

 Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui telefon ke 03-89464105/ 4224.

 

 

Updated:: 14/05/2018 [azimin]

MEDIA SHARING

SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389464225
0389464232
C1529714164