GRF (Graduate Research Fellowship) | SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
» FINANCIAL ASSISTANCE & SCHOLARSHIPS » SCHOLARSHIP/FINANCIAL ASSISTANCE UPM » GRF (Graduate Research Fellowship)

GRF (Graduate Research Fellowship)


SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERMOHONAN FELLOWSHIP PENYELIDIK SISWAZAH (GRF)
SEMESTER PERTAMA 2018/2019

Dimaklumkan bahawa permohonan Fellowship Penyelidik Siswazah (GRF) bagi Semester Pertama 2018/2019 dibuka.

KELAYAKAN MEMOHON

  1. Permohonan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia telah ditawarkan tempat untuk mengikuti program Master atau PhD (mod penyelidikan) di UPM.

  2. Permohonan juga adalah dibuka kepada semua pelajar UPM yang sedang mengikuti program Master atau PhD (mod penyelidikan). Walau bagaimanapun, mereka mestilah memenuhi syarat berikut:

  1. Status pengajian adalah “Baik”. Pelajar yang berstatus “Menangguh” atau “Probation” tidak layak untuk memohon.
  2. Semester pengajian semasa tidak melebihi 3 semester bagi pelajar Master dan 5 semester bagi pelajar PhD (semasa permohonan dikemukakan).
  3. Tidak mengikuti program siswazah UPM secara split programme.
  4. Memperolehi CGPA peringkat Bacelor 3.000 ke atas bagi Kluster Sains/Teknikal dan 3.500 bagi Kluster Sastera/Sains Sosial.

  1. Setiap permohonan hendaklah disertakan bersama:

  1. Salinan Kad Pengenalan/Pasport
  2. Salinan surat tawaran
  3. Kertas Penerbitan (Jika ada)
  4. Salinan keputusan akhir/transkrip peringkat Bacelor/Master
  5. Salinan kertas cadangan penyelidikan yang telah diluluskan oleh penasihat/penyelia

  1. Permohonan yang tidak lengkap dan lewat tidak akan diproses dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

BENTUK PEMBIAYAAN

  1. Pengecualian sebahagian yuran pelajaran seperti berikut:

 

Perubatan

Sains

Sosial Sains

Master

RM1,200.00

RM900.00

RM700.00

PhD

RM1,600.00

RM1,400.00

RM1,200.00

 

  1. Calon yang berjaya akan menerima elaun bulanan iaitu sebanyak RM1,300.00 untuk pelajar Master dan RM1,500.00 untuk pelajar PhD.

CARA MEMOHON DAN TARIKH TUTUP

Klik di sini untuk muat turun Borang Permohonan Fellowship Penyelidikan Siswazah [GRF] (PU/S/BR05/GS-44)  

Semua permohonan hendaklah dihantar ke Unit Siswazah Fakulti/Institut masing-masing tidak lewat dari 3 Ogos  2018 (Jumaat).

*pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui telefon ke 03-89464105/4224.

Updated:: 18/07/2018 [azimin]

MEDIA SHARING

SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389464225
0389464232
C1545158363