PIAGAM PELANGGAN

 

1. Mengeluarkan keputusan permohonan kemasukan selewat-lewatnya dua (2) bulan selepas permohonan lengkap diterima oleh Sekolah Pengajian Siswazah.

2. Memaklumkan keputusan permohonan pelantikan Ahli Jawatankuasa Penyeliaan selewat-lewatnya dua (2) bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima.

3. Memaklumkan keputusan permohonan penangguhan pengajian dalam tempoh 21 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.

4. Memaklumkan keputusan permohonan pelanjutan tempoh pengajian dalam tempoh 21 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.

5. Memaklumkan keputusan permohonan pertukaran program/bidang pengajian dalam tempoh tiga (3) bulan selepas permohonan lengkap diterima.

6. Memaklumkan keputusan permohonan naik taraf pengajian ke program PhD selewat-lewatnya dua (2) bulan selepas permohonan lengkap diterima daripada PTJ.

7. Memaklumkan keputusan permohonan bantuan siswazah (GRF/GRA/IGSS/PASS/BKW) selewat-lewatnya dua (2) bulan selepas tarikh tutup permohonan.

8. Memaklumkan keputusan peperiksaan semester kepada pelajar dalam tempoh enam (6) minggu selepas hari terakhir minggu peperiksaan.

9. Memastikan pelajar menduduki viva voce dalam tempoh empat (4) bulan selepas penyerahan tesis kepada Sekolah Pengajian Siswazah untuk peperiksaan.

10. Memaklumkan keputusan permohonan semakan pemberhentian dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tutup semakan pemberhentian

11. Memaklumkan keputusan pengurniaan ijazah kepada pelajar melalui portal pelajar dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas pengesahan Senat.

12. Memaklumkan keputusan permohonan bantuan siswazah SGRA selewat-lewatnya sepuluh (10) hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima dan telah mendapat sokongan daripada PTJ.

 

Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan Tahunan