FRSB, UPM Lancar Buku Thinking Hands Of Hajeedar | SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
» NEWS » FRSB, UPM lancar buku Thinking Hands of Hajeedar

FRSB, UPM lancar buku Thinking Hands of Hajeedar

By Syifarida Muhamad Zaki
Photo by Mohd Azreen Awang



SERDANG, 16 Jun – Presiden Institute of Democracy and Economic Affairs (IDEAS), YAM Tunku Zain Al-Abidin Ibni Tunku Muhriz telah melancarkan buku Thinking Hands of Hajeedar yang ditulis oleh Profesor Adjung di Jabatan Senibina, Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato’ Ar Hajeedar Abdul Majid.

Buku itu menceritakan tentang minda, sikap dan kebolehan untuk merakam persepsi visual dan idea seorang arkitek melalui lakaran mudah dan berkongsi persepsi individu seni dan dalam persekitaran yang membina.

Prof. Dato Ar. Hajeedar berkata buku itu mampu memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar yang bercita-cita tinggi, arkitek, ahli akademik dan semua yang mempunyai minat dalam bidang seni bina.



“Buku itu mengisahkan perjalanan awal saya dalam bidang akademik, kerjaya dan terdapat pendekatan berkonsepkan Islam dalam menjayakan projek-projek dibina,” katanya.

Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), UPM, Prof. Dr. Ing. Ir. Renughanth Varatharajoo berkata Dato’ Ar Hajeedar merupakan salah seorang arkitek terkemuka Malaysia yang telah menyertai Pameran Seni Bina Putra pada tahun 2012 yang diadakan di Galeri Serdang.

“FRSB telah banyak berusaha dalam menjadikan Galeri Serdang terkenal dengan seni bina pameran, penerbitan, penyelidikan, pengajaran/pembelajaran dan penyertaan orang awam.



“Saya percaya pameran ini dapat meningkatkan kerjasama dan rangkaian antara institusi untuk mengukuhkan kerjasama arkitek Malaysia,” katanya.

Turut membantu dalam menghasilkan penulisan buku itu ialah Nasir Baharuddin, Mohd Shahruddin Manan, Sarly Sarkum, Zalina Sharie, Roslina Sharif.

Majlis pelancaran buku itu diadakan pada pameran buku yang berlangsung di Galeri Serdang, FRSB UPM.

 


Updated:: [hairul_nizam]

MEDIA SHARING

SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389464225
0389464232
C1506151585