Improve Your English Communication Skills: Tan Sri Mohd Bakke | SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
» NEWS » Improve your English communication skills: Tan Sri Mohd Bakke

Improve your English communication skills: Tan Sri Mohd Bakke

By Azman Zakaria
Photo by Marina Ismail and Noor Azreen Awang



SERDANG, 24 Okt - Para graduan mesti meningkatkan keupayaan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris untuk lebih memudahkan mereka mendapat pekerjaan, kata Pro Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Tan Sri Mohd Bakke Salleh.

Katanya, ramai di kalangan graduan hari ini terpaksa menunggu lama sebelum mendapat pekerjaan yang sesuai kerana kurangnya keupayaan berkomunikasi dalam bahasa itu.

“Malah jika anda ingin meningkat naik dalam kerjaya masing-masing, kemahiran bahasa Inggeris merupakan antara keperluan asas yang perlu anda miliki,” katanya ketika berucap pada Sesi 5, Majlis Konvokesyen ke-40 UPM di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM di sini.

Dalam dunia korporat, katanya, seseorang itu tidak boleh mengelak daripada menggunakan bahasa Inggeris kerana ia merupakan bahasa antarabangsa.

“Malah sekiranya anda bekerja dalam sektor awam sekalipun, kemahiran berbahasa Inggeris akan turut memberikan anda kelebihan dalam berurusan dengan pihak luar agensi masing-masing,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, ia tidak bermakna graduan boleh mengetepikan bahasa kebangsaan.

“Bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan kita dan setiap warga negara ini hendaklah mampu menggarap bahasa ini dengan baik, selaras dengan dasar kerajaan untuk Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris,” katanya.

Beliau juga berkata, para graduan perlu bersedia untuk terus memberikan sumbangan sejak hari pertama apabila bekerja nanti kerana majikan memerlukan graduan yang boleh terus bekerja sejak hari pertama, dan bukan perlu dilatih lagi sebelum boleh bekerja dengan baik.

Justeru, katanya, graduan perlu mampu belajar dengan cepat dan mengambil segala peluang yang ada untuk memperbaiki kemahiran serta kebolehan.

Tan Sri Mohd Bakke juga berkata graduan perlu mencipta peluang pekerjaan melalui keusahawanan, terutamanya selepas memperoleh manfaat daripada kursus Asas Keusahawanan yang merupakan kursus wajib universiti.

Katanya, beliau yakin melaluinya para graduan telah melihat betapa luasnya peluang yang ada dalam dunia perniagaan.

“Saya berharap anda semua akan mengambil peluang yang ada dan memulakan usaha niaga masing-masing sekali gus mencipta peluang pekerjaan untuk orang lain,” katanya. - UPM

 


Date of Input: | Updated: | amir_peli

MEDIA SHARING

SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEUCAU~