UPM – PPA Jalin Kerjasama Dalam Bidang Perancangan Persaraan | SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
» NEWS » UPM – PPA jalin kerjasama dalam bidang perancangan persaraan

UPM – PPA jalin kerjasama dalam bidang perancangan persaraan

By Noor Eszereen Juferi
Photos by Marina Ismail



SERDANG -  Institut Penyelidkan Penuaan Malaysia (IPPM) Universiti Putra Malaysia (UPM) menjalinkan kerjasama dengan Private Pension Administrator (PPA) bagi meningkatkan kerjasama penyelidikan serta pembangunan dalam bidang perancangan persaraan baru-baru ini.

Pengarah IPPM, UPM, Prof. Dr. Tengku Aizan Tengku Abdul Hamid berkata masyarakat Malaysia kurang peka terhadap perancangan persaraan dan menyebabkan permasalah di hari tua.

“Dengan adanya kerjasama ini, IPPM boleh menjalankan kerjasama dalam menjalankan aktiviti, ceramah dan roadshow berkaitan persaraan serta perancangan kewangan yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat,” katanya semasa majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) UPM dan PPA di sini.



Melalui kerjasama itu, IPPM dan PPA akan menjalankan analisis data penyelidikan ahli PRS untuk perancangan program serta aktiviti berkaitan dengan persaraan dan perancangan kewangan. Selain itu, pelajar UPM boleh menjalani latihan industri di PPA.

Ketua Pegawai Eksekutif PPA, Dato’ Steve Ong berkata pihaknya menggalakkan simpanan dan pelaburan jangka panjang melalui Skim Persaraan Swasta  (PRS) bagi meningkakan kecukupan simpanan sebagai persediaan persaraan.

“PRS adalah sistem simpanan dan pelaburan jangka panjang oleh PPA bertujuan meningkatkan tahap kecukupan simpanan sebagai persediaan semasa persaraan untuk seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

PPA merupakan badan yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, dan adalah pentadbir pusat bagi PRS yang dilancarkan pada Julai 2012 oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bertujuan untuk mentadbir dan menggalakkan pertumbuhan industri, mewujudkan kesedaran serta mendidik masyarakat mengenai PRS serta melindungi kepentingan ahli. - UPM


Updated:: [hairul_nizam]

MEDIA SHARING

SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389464225
0389464232
C1506151599