| SCHOOL OF GRADUATE STUDIES

UPM Menang Anugerah Perpustakaan Cemerlang 2012


KUALA LUMPUR, 7 Mei – Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) memenangi Anugerah Perpustakaan Cemerlang bagi kategori perpustakaan besar dengan meraih hadiah wang tunai RM7,000 dan piala yang disampaikan oleh Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional (BERNAMA), Datuk Yong Soon Heong.

Mengulas kejayaan itu, Ketua Pustakawan PSAS, Amir Hussain Md Ishak berkata PSAS memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) antaranya memiliki sistem perpustakaan berkomputer serta program pengumpulan koleksi semasa yang baik.

“Selain itu, PSAS telah menjalankan pelbagai aktiviti, koleksi, perkhidmatan serta sumber sejajar dengan keperluan masa kini.



“Penerimaan penganugerahan ini adalah ganjaran kepada staf PSAS untuk meneruskan usaha untuk mempertingkatkan perkhidmatan di PSAS,” katanya pada majlis perasmian mesyuarat agung tahunan PPM di Auditorium Perpustakaan Kuala Lumpur.

Katanya, pada masa kini PSAS sedang merancang untuk menukar persekitarannya kepada suasana lebih ceria bagi mengalakkan masyarakat terutamanya warga UPM untuk ke perpustakaan.

“Perancangan dalam tempoh tiga bulan ini, PSAS akan membuka ruangan koleksi bacaan ringan bagi mengalakkan pelajar dan staf untuk menjadikan PSAS sebagai tempat untuk bersantai sambil memperkukuhkan ilmu dengan bahan bacaan,” katanya.

Amir turut merakamkan penghargaan kepada usaha warga Perpustakaan yang komited dan sentiasa menerap nilai budaya kerja berkualiti dan sentiasa memberi pioriti untuk memenuhi keperluan pelanggan.


SXDdJAO~