| SCHOOL OF GRADUATE STUDIES

UPM Satiri jalin kerjasama bangunkan Makmal Turf UPM Satiri bertaraf dunia

By Noor Eszereen Juferi
Photos
 Marina Ismail



SERDANG, 17 Jun - Universiti Putra Malaysia (UPM) menjalinkan kerjasama dengan Syarikat Satiri Sdn Bhd bagi membangunkan Makmal Turf UPM Satiri sebagai pusat showcase penyelidikan turf yang bertaraf dunia.

Naib Canselor UPM, Prof. Dato’ Dr. Mohd. Fauzi Ramlan berkata kolobrasi tersebut membuktikan keupayaan universiti dalam menjalankan penyelidikan dan pengkomersilan serta memberi peluang pekerjaan kepada pelajar melalui kerja sambilan di makmal tersebut.

“Bidang Turf merupakan kekuatan pengajian dalam Fakulti Pertanian UPM. Kursus dalam bidang tersebut didedahkan dalam program Bacelor Sains Pertanian dan Ijazah Sains Hortikultur serta aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) melibatkan pelajar tahun akhir serta pelajar siswazah,” katanya semasa majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara UPM dan Satiri Sdn. Bhd.

Beiliau berkata kawasan yang dibangunakn bagi menempatkan Makmal Turf UPM Satiri itu merangkumi keluasan 9.86 hektar.

“Perancangan UPM, seluas 6.29 hektar akan dibangunkan untuk fasiliti pengajaran dan kawasan plot pengeluaran turf komersil manakala selebihnya berkeluasan 3.57 akan dibangunkan infrastruktur asas lain seperti jalan, kolam sistem perparitan dan ruang pelupusan,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Satiri Sdn Bhd, Dr. Mohd Said Saad berkata perancangan makmal itu adalah untuk dijadikan sebagai Makmal Akreditasi terulung dalam bidang pengeluaran turf bagi memenuhi piawaian dan keperluan pengguna.

“Makmal turf ini akan diuruskan dengan kemudahan dan persekitaran secara komersil bagi pelajar menjalankan kerja praktikal dan penyelidikan dalam bidang teknologi turf,” katanya.

Sebelum itu, kajian rumput turf tersebut telah dijalankan sejak tahun 1997 dan kemudiannya dikenali sebagai ‘Satiri Superdwaft’. Ia mula dikomersilkan pada tahun 2008. - UPM


SXDdEAo~