Hoki UPM Juara Liga Hoki MASUM 2012 | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Hoki UPM juara Liga Hoki MASUM 2012

Hoki UPM juara Liga Hoki MASUM 2012


PULAU PINANG, 6 Mei - Pasukan Hoki Universiti Putra Malaysia (UPM) mempertahankan kejuaraan Liga Hoki MASUM 2012 untuk tahun kelima berturut-turut.

UPM  memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM4,000 beserta Piala Pusingan MASUM, piala iringan dan medal sementara  pasukan hoki Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM), masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga.

Pasukan hoki UPM memenangi kesemua enam perlawanan dengan pasukan UiTM, USM, Universiti Teknikal Melaka, UNITEN, Universiti Malaya dan Universiti Pertahanan Malaysia.

Pada perlawanan terakhir di Stadium Hoki USM, pasukan UPM yang diketuai oleh Mohd Hairul Ibrahim membenam pasukan UNIMAP 7-2.

 

Berita ini disediakan oleh Wan Zaharuddin Wan Abdullah

 


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEaQA0~