Lawatan Penanda Aras EKSA Daripada Pusat Jaminan Kualiti (CQA) | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Lawatan Penanda Aras EKSA daripada Pusat Jaminan Kualiti (CQA)

Lawatan Penanda Aras EKSA daripada Pusat Jaminan Kualiti (CQA)

8 Januari 2024, Serdang - Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) telah menerima lawatan penanda aras (benchmarking) amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) daripada Pusat Jaminan Kualiti (CQA).

Permohonan lawatan ini telah disambut baik oleh SPS sebagai tanda memupuk budaya korporat yang baik antara PTJ dalam UPM. Lebih kurang 19 orang pelawat telah tiba di SPS pada jam 10.00 pagi dan dikumpulkan di Biik Mesyuarat 1 (BM 1). Lawatan tersebut telah dipengerusikan oleh Timbalan Pendaftar SPS, Pn.Norhasliza Hassan yang dibantu oleh fasilitator EKSA SPS, Cik. Nur Nadjla Ahmad Razei. Agenda lawatan tapak telah diselaraskan dengan sesi pembukaan (ucapan aluan setiap PTJ) yang membentangkan amalan EKSA sedia ada di SPS dan diikuti dengan lawatan sekitar bangunan SPS.

Sesi lawatan diketuai oleh Pn. Norhasliza Hassan dimana para pelawat telah bertanya secara terus kepada staf dan pegawai SPS berkenaan inisiatif EKSA yang dipraktikkan di setiap ruangan pejabat SPS. Ini memberi peluang untuk mereka memahami komponen EKSA yang diamalkan di SPS di samping dapat melihatnya secara langsung.

Agenda penutup lawatan akan dimulakan dengan sesi maklum balas/ komen daripada pelawat yang seterusnya akan digunakan sebagai ulasan penambahbaikan amalan EKSA di SPS, pada masa akan datang. Lawatan tersebut telah berakhir pada jam 12 tengahari dengan sesi penyerahan cenderamata dan fotografi bersama pelawat yang diraikan.

  

  

Tarikh Input: 08/01/2024 | Kemaskini: 22/01/2024 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEbOAp~