Majlis Gemilang Putra Dan Sambutan Hari Pekerja 2017 | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Majlis Gemilang Putra dan Sambutan Hari Pekerja 2017

Majlis Gemilang Putra dan Sambutan Hari Pekerja 2017

Majlis Gemilang Putra dan Sambutan Hari Pekerja 2017 telah diadakan pada 24 Mei 2017 di Dewan Besar, PKKSSAAS UPM dengan tujuan untuk mengiktiraf dan menghargai sumbangan pekerja kepada kecemerlangan UPM, serta mengeratkan semangat kerjasama dan permuafakatan di antara pihak pengurusan dan pihak pekerja.

Pemilihan untuk menerima anugerah berprestij itu adalah berdasarkan kriteria-kriteria yang melambangkan kecemerlangan seseorang pekerja iaitu berpengetahuan, inovatif, kreatif, berdedikasi dan bermotivasi dalam menjalankan tugasnya untuk menghasilkan kerja yang kreatif.

Empat (4) kakitangan Sekolah Pengajian Siswazah iaitu Puan Rahmawati binti Umar, Puan Herni binti Mat Sibi, Puan Masrupawan Norfrizani binti Abd Ghani dan Nur Nadhirah Izzati binti Ismail telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang mereka. Prof. Dr. Bujang bin Kim Huat iaitu bekas Dekan Pusat Pengajian Siswazah, telah menerima Anugerah Bakti Putra kerana telah berkhidmat di UPM selama lebih daripada 30 tahun. Tahniah kepada semua penerima!

 

Dari kiri, Puan Herni binti Mat Sibi, Puan Nur Nadhirah Izzati binti Ismail, Puan Masrupawan Norfrizani binti Abd Ghani dan Puan Rahmawati binti Umar

 

 

 

 

Tarikh Input: 26/05/2017 | Kemaskini: 26/05/2017 | haslinda_s

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEaQAn~