Majlis Konvokesyen UPM Ke-47: SPS Meraikan Momen Indah Para Graduannya! | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Majlis Konvokesyen UPM Ke-47: SPS Meraikan Momen Indah Para Graduannya!

Majlis Konvokesyen UPM Ke-47: SPS Meraikan Momen Indah Para Graduannya!

 

  

30 November 2023, SERDANG – Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) telah memperlihatkan kejayaan seramai 2,047 orang graduan pascasiswazah sempena Majlis Konvokesyen UPM ke-47 yang telah berlangsung selama 6 hari. 2 sidang telah dijalankan bagi dua kampus UPM iaitu Sidang 1 di UPM Kampus Bintulu, Sarawak pada 4 November 2023 dan Sidang 2 di UPM Kampus Serdang, Selangor pada 25-30 ovember 2023.

Sidang 1 telah meraikan kejayaan 20 orang pelajar siswazah manakala Sidang 2 menerima 2,027 orang graduan siswazah. Kedua-dua siding tersebut telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, selaku Tuanku Canselor UPM. Wakil pegawai SPS, En.Mohd Hafiz telah ke UPMKB bagi membantu dari segi pelaksanaan konvokesyen graduan siswazah.

SPS telah menguruskan graduan siswazah dari bermulanya proses pemakluman konvokesyen, notis tatatertib menghadiri majlis, pengambilan jubah, pada hari konvokesyen sehinggalah proses pemulangan jubah dan pengambilan transkrip. Kesemua warga SPS telah terlibat secara langsung dalam menjayakan kedua-dua siding majlis konvokesyen tersebut.

Sekalung Syabas dan tahniah diucapkan kepada setiap graduan UPM yang kini menggengam segulung ijazah. Setiap titik peluh dan pengorbanan anda akan menemui rezekinya pada masa akan datang.

  

 

 

 

 

Tarikh Input: 27/11/2023 | Kemaskini: 08/01/2024 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEbTAD~