Program Kitar Semula Fabrik Terpakai | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Program Kitar Semula Fabrik Terpakai

Program Kitar Semula Fabrik Terpakai

5 Januari 2024, SEERDANG - Bagaimana hendak menguruskan sisa fabrik? Pasti ada yang mencadangkan usaha kitar semula. Benar, selain kertas, tin aluminium dan kaca, pakaian juga sebenarnya boleh dikitar semula.

Kitar semula antara usaha yang mendekatkan kita dengan alam semula jadi. Mungkin ramai tidak tahu proses penguraian tekstil yang berlaku secara semula jadi membebaskan metana iaitu gas rumah hijau yang berbahaya dan menjadi penyumbang utama pemanasan global.

Oleh itu, Sekolah Pengajian Siswazah mengambil inisiatif untuk mengalu-alukan staf SPS membawa fabrik terpakai yang masih dalam keadaan baik yang tidak lagi digunakan untuk dikumpulkan dan dihantar ke Pusat Kitar Semula, Tasik Serdang Ria. Patung fabrik, baju kurung, tshirt dan tudung adalah antara yang telah dikumpulkan. Bahan fabrik terpakai dikumpulkan di Bilik Putra Sarjana pada jam 9.00 pagi. Wakil Kelab Sekolah Pengajian Siswazah telah menghantar kesemua fabrik terpakai yang dapat dikumpulkan ke Pusat Kitar Semula di Tasik Serdang Ria.

Diharapkan usaha perlaksanaan program ini dilihat menyokong usaha berterusan mengurangkan kenaikan suhu bumi dengan mengelakkan penjanaan gas karbon yang terhasil daripada tapak pelupusan sampah serta hasil pembakaran sampah.

 

  

  

 

Tarikh Input: 08/01/2024 | Kemaskini: 19/04/2024 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEbPAO~