UPM LANCAR PROGRAM BERSAMA KOMUNITI PALOH | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » UPM LANCAR PROGRAM BERSAMA KOMUNITI PALOH

UPM LANCAR PROGRAM BERSAMA KOMUNITI PALOH


Oleh: Basri Bakar 
 
PALOH – Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melancarkan Program Science, Technology, Engineering, Mathematic (STEM) dan UPM-Green Fingers bagi mendidik komuniti Paloh terutamanya pelajar sekolah dan belia untuk meminati bidang sains dan pertanian pada 10 Januari lalu.

Program STEM dikendalikan oleh pensyarah daripada Fakulti Sains UPM selama dua tahun akan disertai oleh pelajar-pelajar serta guru-guru daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota Paloh dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sembrong, Johor.

Sementara itu, program UPM-Green Fingers akan dikendalikan oleh Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) bertujuan untuk memupuk minat komuniti setempat dalam bidang pertanian.



Pihak UCTC turut membuat demonstrasi teknik penanaman sayur-sayuran untuk kegunaan keluarga dengan penggunaan kits yang mudah diselenggarakan.

Menteri Pertahanan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Sembrong, Johor Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein merasmikan program tersebut yang turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof. Dr. –Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo dan Pegawai Pendidikan Daerah Klang, A. Manaf Muslimin pada Karnival Permuafakatan Belia Paloh 2015 baru-baru ini.


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEbHAo~